Tiada apa perlu disedihkan – Adam Shahz

Posted on

Adam akan menyambut hari raya Aidilfitri di Melaka. Foto SHAARI CHE MAT

PELAKON Adam Shahz memberitahu dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa sedih menyambut kedatangan Syawal tahun ini walaupun tanpa kehadiran isteri di sisi.

Kata Adam, sebagai umat Islam kedatangan hari raya itu perlu diraikan dengan gembira tambahan pula anaknya, Ivy Herra Sophia, 3 ada bersamanya.

“Alhamdulillah kehidupan saya lebih baik dan teratur selepas bercerai… nak kata keseorangan raya ini jawapan saya tidak.

“Anak menyambut Aidilfitri dengan saya tahun ini, tiada apa perlu disedihkan.

Adam dan anaknya, Ivy Herra Sophia.

“Insya-Allah kami dua beranak akan pulang ke kampung saya di Melaka dan semua persiapan pun sudah dilakukan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *