“Tiada Masalah Kalau Arahan Syamsul Atau Bapa Mertua” – Puteri Sarah

Posted on

Puteri Sarah kini lebih selesa dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

SEMENJAK mendirikan rumah tanggan dengan pengarah Syamsul Yusof pada Mac 2014, wajah pelakon Puteri Sarah sudah jarang menghiasi drama di televisyen.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 33, kini dilihat lebih selesa dengan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada Syaikhul Islam yang mencecah usia lapan bulan.

Selain itu, Sarah juga giat menceburi bidang perniagaan dan baru sahaja melancarkan koleksi tudung dan pakaian denim hasil kerjasama dengan jenama Asyikin Exclusive.

Sarah ketika ditemui memberitahu walaupun ada perasaan rindu untuk berlakon namun ia bukan lagi keutamaan kerana suami dan anak adalah perhatian dia selain Syamsul sendiri tidak menggalakkannya kembali aktif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *