“Tidak Perlu Tua Untuk Jadi Pengarah” – Fernandes

Posted on

KUALA LUMPUR: “Tidak perlu tua untuk menjadi seorang pengarah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes ketika mengulas pelantikan selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia Bhd, yang diumumkan pada Jumaat.

“Pengarah baharu kami, @neelofa adalah seorang yang muda, bijak, usahawan dan suka menaruh impian seperti kami juga.

“@airasia sekali lagi menerajui aspek kepelbagaian dan kali ini, bukan setakat wanita tetapi juga dari segi usia. Tidak perlu tua untuk bergelar seorang pengarah,” katanya dalam catatan terbaharu di Instagram yang turut disertakan dengan paparan gambar beliau bersama Neelofa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *