Ugut Zaid: Jamal Ditahan

Posted on

Jamal membawa tukul besar dan membawa dua potongan kadbod menyerupai Zaid Ibrahim pada Jumaat.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis berhubung tindakannya terhadap ahli DAP, Datuk Zaid Ibrabim lewat petang Sabtu.

Jamal ditahan selepas ucapan pengulungan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Ekoran penahanan Jamal itu, satu sidang media akan diadakan IPD Dang Wangi jam 9 malam ini.

Pada Jumaat, Jamal bersama beberapa pengikutnya mengadakan bantahan terhada Zaid dengan simbolik membawa penukul dan memukul replika Zaid gara-gara tindakah ahli politik pembangkang itu mempertikai titah Sultan Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *