Umie Aida belum bersedia kongsi kisah suami ditahan

Posted on

Umie Aida dan suaminya Khairudin.

AKTRES Datin Seri Umie Aida memberitahu bahawa dia belum bersedia untuk berkongsi pengalaman tentang kehidupan yang dilalui ketika suaminya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan pada September 2015.

Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad, 45, berkata, dia memilih untuk berdiam biarpun kerajaan baharu (Pakatan Harapan) ini memberi ruang untuk rakyat bebas bersuara.

“Ramai yang bertanya dan banyak dapat mesej yang ingin saya berkongsi pengalaman dilalui ketika suami saya kena tangkap dahulu dan lain-lain.

“Saya minta maaf kerana belum bersedia untuk berkongsi dan lebih selesa berdiam diri untuk menceritakan pengalaman-pengalaman itu buat masa ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *