Umie Aida belum bersedia kongsi kisah suami ditahan

Posted on

Khairuddin direman selama enam hari berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada September 2015 apabila beliau lantang mendesak siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilakukan.

Beliau adalah ahli Umno pertama yang membuat laporan polis dan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu 1MDB selain beberapa laporan lain di luar negara.

Sebelum itu, pada Januari 2015, rumah Khairuddin, yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang di Mont Kiara telah dilelong dalam satu acara lelongan yang diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Khairuddin turut dilaporkan telah diiystihar muflis oleh Jabatan Insolvensi.

Umie memuat naik video di IG pada malam Isnin.

Dalam pada itu, pelakon filem Embun ini berkata, banyak perkara yang lebih penting untuk diberi perhatian berbanding hal berkenaan.

Dia juga menyifatkan pengalaman yang dilalui itu sebagai sesuatu yang mahal untuk dikongsi.

“Banyak perkara yang lebih penting untuk difokus. Pengalaman saya dan keluarga saya lalui adalah suatu yang mahal,” ujarnya.

Bagaimanapun, Umie berjanji untuk berkongsi perkara itu apabila keadaan sudah reda dan masa yang sesuai.

“Saya belum bersedia walaupun Malaysia sudah bebas bersuara. Insyaallah apabila keadaan reda pasti saya akan berkongsi kerana banyak positif dan hikmahnya,” ujarnya.

Pasangan berkenaan bernikah di Mekah pada Mac 2010.

Tags / Kata Kunci: Umie Aida

MStar