Yasin ‘unblock’ pengikut IG sempena Ramadan

Posted on

Yasin mengambil keputusan untuk membuka sekatan terhadap profil pengikutnya yang disekat di Instagram bersempena kedatangan Ramadan.

PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman mengambil keputusan untuk membuka sekatan terhadap sebahagian pengikutnya di Instagram yang disekat sebelum ini.

Yasin menerusi Instagram memberitahu dia mengambil keputusan itu sebagai meraikan kedatangan bulan Ramadan yang disambut oleh umat Islam bermula Khamis.

Malah vokalis kumpulan Brothers itu menyifatkan tindakannya sebagai hari pengampunan.

“Hari pengampunan. Bersempena dengan hari pengampunan semalaysia bersempena dengan bulan Ramadan Al Mubarak saya unblock semua,” katanya.

Dalam pada itu, ruangan komen penyanyi itu dipenuhi dengan pertanyaan punca sebenar Yasin menyekat sebahagian pengikutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *