Zul Ariffin tidak berbaju lagi

Posted on

Zul Ariffin bakal muncul dengan filem terbaharunya, Sangkar. Foto HAFIZ IDZLA

PELAKON sensasi Zul Ariffin selagi lagi tampil separuh bogel dalam filem aksi berjudul Sangkar yang kini sedang dalam pembikinan.

Zul berkata, dia bukannya sengaja untuk menayang bentuk tubuhnya tetapi ia adalah kehendak watak yang memerlukan dia tampil tidak berbaju.

“Ia sebuah filem aksi dan saya banyak terlibat dalam babak-babak pertarungan dan kebanyakan pelakon lain dalam filem itu juga tidak berbaju.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Tak Berbaju, Ini Komennya

“Bukan sahaja tidak berbaju, saya juga perlu menyimpan misai dan jambang bagi menghidupkan watak tersebut walaupun sebenarnya saya sudah rimas,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *